LNC73D48Wg201dLjeNZNf-jmBts BroUbanBlog: Kerana Mu.....Aku Menangis

Saturday 11 February 2012

Kerana Mu.....Aku Menangis


Angel Graphics and Scraps
Biarkan rasa ini akan terus ada
keujudan cinta di hati
laksana sang pelangi
menemani kealpaan merindu orang disayang
indah kurasakan

Kasih yang ku dambakan
seketika akan berbunga
hilang tanpa kata kata
pergi mu bersama angin lalu
jesteru itu hati ku dilukai
amat menusuk kalbu
kerana mu ku tersiksa

Kau rasuki jiwa ini
menyiksa batin tersiksa
Love Pictures Scraps and Graphicsterkedu....
termanggu.....
nasib yang memusuhiku
menghitung hari hari
tak pernah rasa bahagia

Tanpa sedari siapa diri 
tega..... mengemis kasih orang
menumpang dikaki lima sudut hati
masih ujud kah rasa sayang
atau telah ujud kebencian kini
aku tak tahu.......

Aku dihujung persimpangan
walaupun antara rela atau keterpaksaan
kehilangan kasih mu
bersama sinar nostalgia 
ku lepaskan kau pergi jua

Ada masa....
kiranya dapat kau merasi
kekusutan kepiluan dihati ini
bagai semarak api yang membakar
kerana kehilangan kekasih
pergi mu......tanpa pesan
tanpa merasa aku manusia
yang punya perasaan sama seperti mu
kerana mu......aku menangis


Disember 23, 2011   5:13am


0 comments:

Post a Comment

Free Automatic Backlinks Online