LNC73D48Wg201dLjeNZNf-jmBts BroUbanBlog: Perbezaan DoFollow Dan NoFollow?

Sunday 12 February 2012

Perbezaan DoFollow Dan NoFollow?


Salam sejahtera......

Untuk mempelajari ilmu SEO ini kira harus mendalami asas-asas SEO.Sebenarnya banyak perkara asas yang perlu diketahui sebelum korang benar-benar faham akan SEO.Hari ini saya ingin terangkan secara ringkas mengenai DoFollow dan NoFollow.

Apakah No Follow?


Blog No Follow adalah merupakan setting awal html pada suatu blog. Dengan setting No Follow ini maka search engine tidak akan memberikan peningkatan kepada link blog pengunjung yang komen, kerana hyperlink di indeks search engine tidak akan terindek, dengan kata lain tidak akan dapat backlink.

Tujuannya untuk mengurangkan spam sehingga untuk blog yang mengunakan No Follow pada search engine akan berkemungkinan lebih besar untuk di index dengan mudah di google kerana blog lain yang komen di blog kita tidak akan mendapatkan backlink. Jadi Blog yang mengunakan No Follow tidak akan memberikan keuntungan backlink yang dapat meningkatkan PR terhadap blog lain yang singgah dan komen.

Apakah Do follow?
Blog Do follow adalah blog yang memberikan backlink secara langsung kepada blog yang berkunjung dan komen. Dengan komen pada blog yang mengunakan Do Follow maka blog pengunjung yang memberikan komen akan mendapatkan backlink dari blog Do Follow tetapi sebaliknya bagi blog yang mengunakan Do Follow kerana banyak backlink dari komen pengunjung maka lama kelamaan blog Do Follow tidak terindeks oleh google atau kemungkinan PR blog berkenaan akan jatuh.
Kebiasaannya pengunjung yang tahu akan kelebihan blog Do Follow ini berusaha memberikan komen untuk mendapatkan backlink. Dengan mengetahui blog kita Do Follow maka blog yang datang akan tertarik komen untuk mendapatkan backlink.Secara tidak langsung akan meningkatkan trafik dan juga bilangan komen.
Cukuplah setakat ini sahaja untuk entri kali ini.Insya-Allah,nanti kita akan belajar lebih lanjut mengenai doFollow dan noFollow ini.
Sekian.



Photobucket

0 comments:

Post a Comment

Free Automatic Backlinks Online